Thursday, October 25, 2012

ALAT TAMBAHAN PADA PENYAMANAN UDARA KENDERAAN












PERBEZAAN PENYAMBUNGAN R12 DAN R134a

Didalam penyaman udara kenderaan terdapat dua kaedah yang digunakan dalam membuat penyambungan bagi komopnen-komponen tertentu. Kaedah yang digunakan pada kebiasaanya dapat membantu dalam mengenal pasti jenis sistem yang digunakan.

Pada penyaman udara hanya 2 jenis penyambungan iaitu penyambungan pada sistem R 12 dan sistem R 134a. Pada asasnya kedua-dua penyambungan ini akan menggunakan O-ring , hose dan bentuk paip yang berbeza.

Penggunaan bahan yang salah boleh mengakibatkan masalah seperti  kebocoran bahan pendingin dan kemasukan udara kedalam sistem yang mengakibatkan sistem tidak dapat beroperasi dengan efektif.

ALAT TAMBAHAN PADA PENYAMANAN UDARA KENDERAAN





PENERIMA PENGERING ( RECEIVER /DRYER )

Sistem penyamanan udara kereta menggunakan alat-alat seperti penuras , pengering , penerima dan kaca penglihatan yang direka bentuk supaya dapat ditempatkan pada atau dalam satu alat sahaja dengan tujuan untuk menjimatkan ruang . Ruang enjin yang sempit tidak membolehkan kesemua alat tersebut dipasangkan secara berasingan.  Alat-alat dipasangkan di antara pemeluwap dan penyejat yang berfungsi untuk menyimpan cecair bahan pendingin dan membenarkan pertukaran dalam cas bahan pendingin , juga berfungsi untuk membenarkan perubahan dalam isipadu cecair yang disebabkan oleh pengembangan dan pengecutan cecair bahan pendingin seperti perubahan suhu . Alat ni juga dikenali sebagai penerima pengering.

Sebagai alat pengering , sejenis bahan kimia pengering diletakkan di dalam alat ini . Bahan pengering akan bertindak sebagai penyerap segala lembapan daripada cecair. Bahan pengering yang digunakan bergantung kepada jenis gas.



Receiver R 12
Receiver R 134 a
Zeolite
Silika Gel

Kaca penglihatan yang terdapat di bahagian atas alat ini diletakkan pada salur keluar ke penyejat. Buih-buih yang keihatan pada permukaan kaca menunjukkan atau memberitahu bahawa cas atau bahan pendingin telah berkurang di dalam sistem iaitu hanya tinggal separuh sahaja.
Turas yang juga diletakkan bersama-sama akan berfungsi untuk menapis atau menurat sagala kekotoran dan habuk di dalam cecair sebelum masuk ke dalam injap pengembang yang ruang kemasukkannya terlalu kecil.

ALAT TAMBAHAN PADA PENYAMANAN UDARA KENDERAAN






 DUAL PRESSURE SWITCH

Pressure switch atau suis tekanan dipasang antara reciver dan peranti permeteran. Ia berfungsi sebagai suis yang akan mengesan keadaan tekanan luar biasa ( abnormal )  pada bahagian tekanan tinggi  dalam sistem penyejukkan dimana ia akan memutuskan bekalan pada magnetic clutch yang menyebabkan pemampat tidak berfungsi.

Pada kebiasaan nya keadaan luarbiasa ini terdiri daripada 2 jenis kedaan iaitu keadaan tekanan rendah dan tekanan tinggi.
Pada kedaan tekanan tinggi dalam kedaan luar biasa tekanan yang lampau akan menyebabkan suis tekanan bertindak balas terhadap sistem dimana magenitc clutch akan off dan pemampat tidak berfungs.

ALAT TAMBAHAN PADA PENYAMANAN UDARA KENDERAAN




 

SISTEM PERLINDUNGAN TALI SAWAT PEMAMPAT
Sistem ini hanya terdapat pada model-model kenderaan tertentu sahaja ini kerana ia banyak menggunakan sistem elektronik. Pada kebiasaannya sistem ini hanya digunakan pada kenderaan-kenderaan mewah sahaja dimana ia memerlukan sistem penyelenggaraan yang terpeinci.

Peranti yang digunakan akan berfungsi sekiranya ia mengesan perbezaan denyut rpm bagi enjin dan penyaman udara terlalu tinggi. Isyarat yang dihantar pada peralatan eletronik akan menyebabkan idel-up yang dipasang berada dalam kedaan off dan pemampat tidak akan berfungsi kerana meagnatic cluth  tidak akan mencengkam shft pemampat.




ALAT TAMBAHAN PADA PENYAMANAN UDARA KENDERAAN



PERANTI ANTI-BEKU ( ANTI FROST DEVICE )

Didalam proses penyaman udara apabila penyejat menyejat haba didalam kawasan penyejukkan udara panas tersebut akan membawa bersama habuk-habuk didalam kelembapan yang disedut. Habuk-habuk tersebut akan melekat pada sirip penyejat dan akan bertukar sebagai kotoran yang boleh menyekat alirran udara pada penyejat.
Pada kedaan ini suhu pada sirip penyejat kan jatuh ke takat beku atau lebih rendah pada kadra biasa dan akan menyebabkan berlakunya beku ( frost ). Keadaan beku ini menyebabkan penyejat tidak dapat  berfungsi dengan baik dan sistem tidak beroperasi dengan effektif.

Oleh yang demikian terdapat 2 alat yang digunkan untuk mengelak dari berlakunya beku ( frost ) pada penyejat iaitu :-

  1. Thermistor Method

Thermistor diletakkan pada sirip penyejat dimana sekiranya berlaku kejatuhan suhu pada sirip pada tahap yanng lampau ia akan menghantar isyarat ke pada magnetic clutch dan akan memberhentikan operasi pemampat.

  1. Evaporator Pressure Regulator Method ( EPR )
EPR digunakan dengan pemampat sebagai rujukan tekanan dimana tekanan yang dikehendaki ( cth : 28.4 psi ) akan dilaraskan pada EPR yang akan berfungsi melalui 2 kaedah iaitu :-