Thursday, April 24, 2014
TAJUK : SIMBOL- SIMBOL DI DALAM LUKISAN PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA
Satu Kepentingan bagi seorang Mekanik / Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara mengenali simbol-simbol yang biasa digunakan di dalam kerja-kerja Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara – pemaipan dan pendawaian elektrik . Ini bagi memudahkan Juruteknik membaca lukisan teknikal / lukisan skematik sesuatu sistem bagi tujuan kerja-kerja pemasangan , Pengubahsuaian dan membaiki kerosakan.
2.0. Melukis simbol elektrik
Bukan sahaja Seorang Mekanik / Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara mengenali simbol-simbol asas, tetapi perlu menguasai simbol-simbol tersenut dengan melukis simbol pada kertas, dalam bentuk litar skematik iaitu penyambungan satu simbol ke simbol yang lain bagi suatu komponen yang hendak di dawaikan atau di bentuk.
2.1. Pelbagai simbol alat-alat elektrik
Contoh Pengunaan Simbol Elektrik dalam Litar Skematik bagi sebuah Peti Ais
TAJUK : ANGKUP VERNIER (VERNIER CALIPERS)
ANGKUP VERNIER (VERNIER CALIPER)
Angkup Vernier merupakan alat pengukur jitu dan boleh mengukur dengan tepat sehingga kepada ukuran sama ada 0.05 mm atau 0.02 mm. Alat ini lazimnya digunakan di dalam bengkel mesin. Angkup vernier mempunyai dua scala iaitu skala utama dan skala vernier.
BAHAGIAN-BAHAGIAN ANGKUP VERNIER
Badan
Badannya berbentuk seperti sebilah pembaris keluli yang mempunyai sengatan dalam unit metrik atau inci. Senggatan ini di namakan skala utama. Panjang badan ini menentukan saiz angkup vernier .
Plat Vernier
Plat vernier mempunyai skala vernier dan boleh digerak-gerakkan sepanjang badan.
Rahang
Rahang terdiri daripada rahang tetapkan dan rahang gelangsar. Rahang tetap merupakan sebahagian daripada badan bengkok, manakala rahang gelangsar merupakan sebahagian daripada plat vernier yang boleh bergerak bersama-samanya iaitu selari dengan rahang tetap. Permukaan diantara kedua-dua rahang ini merupakan muka ukuran bagi angkup Vernier. Apabila muka ukuran ini bersentuh, bacaannya ialah sifar dan angka sifar pada skala vernier sejajar dengan angka pada skala tetap.
Rusuk
Rusuk berbentuk runcing. Ia terletak disebelah atas. Binaannya hamoir sama dengan rahang tetapi ia digunakan untuk mengukur ukuran sebelah dalam.
Skru Pengunci
Skru pengunci digunakan untuk mengunci palt vernier supaya kedudukan ukuran tidak berganjak semasa angkup vernier dikeluarkan dari bendakerja. Ini dapat mengurangkan kesilapan semasa mengukur.
Penganjak Halus
Ada juga angkup vernier yang dilengkakan dengan penganjak halus. Pengapit halus ini hendaklah diketatkan terlebih dahulu supaya nat penganjak halus boleh mengawal pelarasan plat vernier.
Bilah Pengukur Dalam
Ini merupakan satu bilah yang kecil , boleh digerakkan keluar atau masuk dalam lurah dibahagian belakang badan apabila rahang dibuka.
Prinsip Skala Vernier
Skala vernier digunakan untuk membolehkan kita membaca tanpa mengagak-agak sekiranya ukuran itu terletak diantara senggatan pada satu-satu skala. Oleh itu angkup vernier mestilah:
1. Mempunyai dua skala iaitu utama dan skala vernier.
2. Senggatan pada skala utama dibuat lebih besar daripada skala vernier.
3. Perbezaan antara skala utama dengan skala vernier merupakan bacaan yang paling kecil yang boleh dibuat.
Skala utama di disenggatkan kepada 10 bahagian. Tiap-tiap bahagian bersamaan dengan 1mm.
Skala vernier yang panjangnya 9 mm disenggatkan kepada 10 bahagian yang sama. Garisan ke 10 skala vernier sejajar betul-betul dengan garisan ke 9 skala utama.
Maka,
10 bahagian pada skala vernier = 9 mm / 10 mm (skala utama)
1 bahagian pada skala vernier = 9 mm / 10 x 1 mm /10 = 9 / 100
1 bahagian pada skala utama = 1 / 10 = 10 mm / 100 mm
Perbezaan panjang antara skala utama dengan skala vernier ialah
10 - 9 = 1 = 0.01 mm
100 100 100
Oleh itu, 1 senggatan skala vernier bersamaan dengan 0.01 mm (Lihat rajah dibawah)
Jika angkup Vernier disetkan pada 0.01, maka senggatan pertama pada kedua-dua skala utama dan skala vernier akan sejajar (lihat rajah dibawah)
Jika angkup vernier disetkan pada 0.02, maka senggatan ke 2 pada skala utama dan skala vernier pula akan sejajar (lihat rajah dibawah ). Begitulah seterusnya jika angkup vernier disetkan menggunakan ukuran yang lain.
Lazimnya angkup vernier yang digunakan dalam bengkel hanya mempunyai tentukuran 0.05mm dan 0.02mm sahaja. Ini adalah kerana, untuk membahagi 9 mm kepada 10 bahagian yang sama tentulah garisan-garisan sengatan itu terlalu rapat dan seterusnya sukar untuk dilihat. Dengan itu sukar untuk membuat tentukuran 0.01 mm.
Membawa Angkup Vernier Tentukuran 0.02 mm
Skala utama disenggatkan kepada 1 mm bagi tiap-tiap satu senggatan dan dinomborkan pada tiap-tiap sepuluh senggatan iaitu 10, 20, 30 dan sseterusnya. Skala vernier pula panjangnya 49 mm dan disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama.
Apabilaangka sifar pada kedua-dia skala diletakkan pada kedudukan yang sejajar dengan senggatan ke 49 pada skala utama.
Untuk mengetahui perbezaan nilai antara satu senggatan skala utama dengan skala vernier , maka tolakkan 1mm (nilai 1 senggatan pada skala utama) dengan nilai satu senggatan pada skala vernier. Nalai satu senggatan pada skala vernier ialah:
50 senggatan skala vernier = 49 mm skala utama
1 senggatan = 49 / 50
= 0.98 mm
Perbezaan nilai senggatan = 1 mm - 0.98 mm
= 0.02 mm
Oleh itu, nilai setiap senggatan pada skala vernier = 0.02 mm
Contoh:
Bacaan skala utama yang terhampir dengan 1 mm = 42 x 1 = 42.00 mm
Bacaan skala vernier senggatan ke 16 yang sejajar = 16 x 0.2 = 0.32 mm
dengan salah satu garisan pada skala utama
Jumlah = 42 .32 mm
Oleh itu, bacaan sebenar ialah 42.32 mm
Bacaan skala utama yang terhampir dengan 1 mm = 65 x 1 = 65.00 mm
Bacaan skala vernier senggatan ke 39 yang sejajar = 39 x 0.2 = 0.78 mm
dengan salah satu garisan pada skala utama
Jumlah = 65.78 mm
Oleh itu, bacaan sebenar ialah 65.78 mm
Membaca Angkup Vernier Tentukuran 0.05
Skala utama disenggatkan kepada 1 mm bagi tiap-tiap satu senggatan dan dinomborkan pada tiap-tiap 10 senggatan iaitu 10. 20, 30 dan seterusnya. Skala vernier pula yang panjangnya 19 mm, di senggatkan, kepada 20 bahagian yang sama
Apabila angka sifar dikedua-dua skala diletakkan pada kedudukan yang sejajar, senggatan ke 20 pada skala vernier akan sejajar dengan senggatan ke 19 pada skala utama.
Untuk mengetahui perbezaan nilai bagi senggatan skala utama dengan skala vernier, maka tolakkan 1mm (nilai senggatan pada skala utama) dengan nilai satu senggatan skala vernier. Nilai satu senggatan pada skala vernier ialah
20 senggatan pada skala vernier = 19 mm skala utama
1 senggatan = 19/20
Perbezaan nilai senggatan = 1 - 0.95 mm
= 0.05 mm
Oleh itu, nilai setiap senggatan pada skala vernier = 0.05 mm
Contoh :
Bacaan skala utama = 25.00 mm
Bacaan skala vernier apabila senggatan ke 8
sejajar dengan salah satu garisan pada skala utama 8 x 0.05 = 0.40 mm
Jumlah = 25.40mm
Oleh itu, bacaan sebenar ialah 25.4 mm.
Contoh:
Bacaan skala utama = 123.00 mm
Bacaan skala vernier apabila senggatan ke 15
sejajar dengan salah satu garisan pada skala utama 158 x 0.05 = 0.75 mm
Jumlah = 123.75 mm
Oleh itu, bacaan sebenar ialah 123.75 mm.
Subscribe to:
Posts (Atom)