Thursday, April 24, 2014

TAJUK : SIMBOL- SIMBOL DI DALAM LUKISAN PENYEJUKBEKUAN DAN PENYAMANAN UDARA

Satu Kepentingan bagi seorang Mekanik / Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara mengenali simbol-simbol yang biasa digunakan di dalam kerja-kerja Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara – pemaipan dan pendawaian elektrik . Ini bagi memudahkan Juruteknik membaca lukisan teknikal / lukisan skematik sesuatu sistem bagi tujuan kerja-kerja pemasangan , Pengubahsuaian dan membaiki kerosakan. 2.0. Melukis simbol elektrik Bukan sahaja Seorang Mekanik / Juruteknik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara mengenali simbol-simbol asas, tetapi perlu menguasai simbol-simbol tersenut dengan melukis simbol pada kertas, dalam bentuk litar skematik iaitu penyambungan satu simbol ke simbol yang lain bagi suatu komponen yang hendak di dawaikan atau di bentuk. 2.1. Pelbagai simbol alat-alat elektrik
Contoh Pengunaan Simbol Elektrik dalam Litar Skematik bagi sebuah Peti Ais

TAJUK : ANGKUP VERNIER (VERNIER CALIPERS)

ANGKUP VERNIER (VERNIER CALIPER) Angkup Vernier merupakan alat pengukur jitu dan boleh mengukur dengan tepat sehingga kepada ukuran sama ada 0.05 mm atau 0.02 mm. Alat ini lazimnya digunakan di dalam bengkel mesin. Angkup vernier mempunyai dua scala iaitu skala utama dan skala vernier. BAHAGIAN-BAHAGIAN ANGKUP VERNIER Badan Badannya berbentuk seperti sebilah pembaris keluli yang mempunyai sengatan dalam unit metrik atau inci. Senggatan ini di namakan skala utama. Panjang badan ini menentukan saiz angkup vernier . Plat Vernier Plat vernier mempunyai skala vernier dan boleh digerak-gerakkan sepanjang badan. Rahang Rahang terdiri daripada rahang tetapkan dan rahang gelangsar. Rahang tetap merupakan sebahagian daripada badan bengkok, manakala rahang gelangsar merupakan sebahagian daripada plat vernier yang boleh bergerak bersama-samanya iaitu selari dengan rahang tetap. Permukaan diantara kedua-dua rahang ini merupakan muka ukuran bagi angkup Vernier. Apabila muka ukuran ini bersentuh, bacaannya ialah sifar dan angka sifar pada skala vernier sejajar dengan angka pada skala tetap. Rusuk Rusuk berbentuk runcing. Ia terletak disebelah atas. Binaannya hamoir sama dengan rahang tetapi ia digunakan untuk mengukur ukuran sebelah dalam. Skru Pengunci Skru pengunci digunakan untuk mengunci palt vernier supaya kedudukan ukuran tidak berganjak semasa angkup vernier dikeluarkan dari bendakerja. Ini dapat mengurangkan kesilapan semasa mengukur. Penganjak Halus Ada juga angkup vernier yang dilengkakan dengan penganjak halus. Pengapit halus ini hendaklah diketatkan terlebih dahulu supaya nat penganjak halus boleh mengawal pelarasan plat vernier. Bilah Pengukur Dalam Ini merupakan satu bilah yang kecil , boleh digerakkan keluar atau masuk dalam lurah dibahagian belakang badan apabila rahang dibuka. Prinsip Skala Vernier Skala vernier digunakan untuk membolehkan kita membaca tanpa mengagak-agak sekiranya ukuran itu terletak diantara senggatan pada satu-satu skala. Oleh itu angkup vernier mestilah: 1. Mempunyai dua skala iaitu utama dan skala vernier. 2. Senggatan pada skala utama dibuat lebih besar daripada skala vernier. 3. Perbezaan antara skala utama dengan skala vernier merupakan bacaan yang paling kecil yang boleh dibuat.
Skala utama di disenggatkan kepada 10 bahagian. Tiap-tiap bahagian bersamaan dengan 1mm. Skala vernier yang panjangnya 9 mm disenggatkan kepada 10 bahagian yang sama. Garisan ke 10 skala vernier sejajar betul-betul dengan garisan ke 9 skala utama. Maka, 10 bahagian pada skala vernier = 9 mm / 10 mm (skala utama) 1 bahagian pada skala vernier = 9 mm / 10 x 1 mm /10 = 9 / 100 1 bahagian pada skala utama = 1 / 10 = 10 mm / 100 mm Perbezaan panjang antara skala utama dengan skala vernier ialah 10 - 9 = 1 = 0.01 mm 100 100 100 Oleh itu, 1 senggatan skala vernier bersamaan dengan 0.01 mm (Lihat rajah dibawah)
Jika angkup Vernier disetkan pada 0.01, maka senggatan pertama pada kedua-dua skala utama dan skala vernier akan sejajar (lihat rajah dibawah)
Jika angkup vernier disetkan pada 0.02, maka senggatan ke 2 pada skala utama dan skala vernier pula akan sejajar (lihat rajah dibawah ). Begitulah seterusnya jika angkup vernier disetkan menggunakan ukuran yang lain.
Lazimnya angkup vernier yang digunakan dalam bengkel hanya mempunyai tentukuran 0.05mm dan 0.02mm sahaja. Ini adalah kerana, untuk membahagi 9 mm kepada 10 bahagian yang sama tentulah garisan-garisan sengatan itu terlalu rapat dan seterusnya sukar untuk dilihat. Dengan itu sukar untuk membuat tentukuran 0.01 mm. Membawa Angkup Vernier Tentukuran 0.02 mm Skala utama disenggatkan kepada 1 mm bagi tiap-tiap satu senggatan dan dinomborkan pada tiap-tiap sepuluh senggatan iaitu 10, 20, 30 dan sseterusnya. Skala vernier pula panjangnya 49 mm dan disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama. Apabilaangka sifar pada kedua-dia skala diletakkan pada kedudukan yang sejajar dengan senggatan ke 49 pada skala utama. Untuk mengetahui perbezaan nilai antara satu senggatan skala utama dengan skala vernier , maka tolakkan 1mm (nilai 1 senggatan pada skala utama) dengan nilai satu senggatan pada skala vernier. Nalai satu senggatan pada skala vernier ialah: 50 senggatan skala vernier = 49 mm skala utama 1 senggatan = 49 / 50 = 0.98 mm Perbezaan nilai senggatan = 1 mm - 0.98 mm = 0.02 mm Oleh itu, nilai setiap senggatan pada skala vernier = 0.02 mm
Contoh:
Bacaan skala utama yang terhampir dengan 1 mm = 42 x 1 = 42.00 mm Bacaan skala vernier senggatan ke 16 yang sejajar = 16 x 0.2 = 0.32 mm dengan salah satu garisan pada skala utama Jumlah = 42 .32 mm Oleh itu, bacaan sebenar ialah 42.32 mm
Bacaan skala utama yang terhampir dengan 1 mm = 65 x 1 = 65.00 mm Bacaan skala vernier senggatan ke 39 yang sejajar = 39 x 0.2 = 0.78 mm dengan salah satu garisan pada skala utama Jumlah = 65.78 mm Oleh itu, bacaan sebenar ialah 65.78 mm Membaca Angkup Vernier Tentukuran 0.05
Skala utama disenggatkan kepada 1 mm bagi tiap-tiap satu senggatan dan dinomborkan pada tiap-tiap 10 senggatan iaitu 10. 20, 30 dan seterusnya. Skala vernier pula yang panjangnya 19 mm, di senggatkan, kepada 20 bahagian yang sama Apabila angka sifar dikedua-dua skala diletakkan pada kedudukan yang sejajar, senggatan ke 20 pada skala vernier akan sejajar dengan senggatan ke 19 pada skala utama. Untuk mengetahui perbezaan nilai bagi senggatan skala utama dengan skala vernier, maka tolakkan 1mm (nilai senggatan pada skala utama) dengan nilai satu senggatan skala vernier. Nilai satu senggatan pada skala vernier ialah 20 senggatan pada skala vernier = 19 mm skala utama 1 senggatan = 19/20 Perbezaan nilai senggatan = 1 - 0.95 mm = 0.05 mm Oleh itu, nilai setiap senggatan pada skala vernier = 0.05 mm Contoh :
Bacaan skala utama = 25.00 mm Bacaan skala vernier apabila senggatan ke 8 sejajar dengan salah satu garisan pada skala utama 8 x 0.05 = 0.40 mm Jumlah = 25.40mm Oleh itu, bacaan sebenar ialah 25.4 mm. Contoh:
Bacaan skala utama = 123.00 mm Bacaan skala vernier apabila senggatan ke 15 sejajar dengan salah satu garisan pada skala utama 158 x 0.05 = 0.75 mm Jumlah = 123.75 mm Oleh itu, bacaan sebenar ialah 123.75 mm.

Thursday, October 25, 2012

ALAT TAMBAHAN PADA PENYAMANAN UDARA KENDERAAN












PERBEZAAN PENYAMBUNGAN R12 DAN R134a

Didalam penyaman udara kenderaan terdapat dua kaedah yang digunakan dalam membuat penyambungan bagi komopnen-komponen tertentu. Kaedah yang digunakan pada kebiasaanya dapat membantu dalam mengenal pasti jenis sistem yang digunakan.

Pada penyaman udara hanya 2 jenis penyambungan iaitu penyambungan pada sistem R 12 dan sistem R 134a. Pada asasnya kedua-dua penyambungan ini akan menggunakan O-ring , hose dan bentuk paip yang berbeza.

Penggunaan bahan yang salah boleh mengakibatkan masalah seperti  kebocoran bahan pendingin dan kemasukan udara kedalam sistem yang mengakibatkan sistem tidak dapat beroperasi dengan efektif.

ALAT TAMBAHAN PADA PENYAMANAN UDARA KENDERAAN





PENERIMA PENGERING ( RECEIVER /DRYER )

Sistem penyamanan udara kereta menggunakan alat-alat seperti penuras , pengering , penerima dan kaca penglihatan yang direka bentuk supaya dapat ditempatkan pada atau dalam satu alat sahaja dengan tujuan untuk menjimatkan ruang . Ruang enjin yang sempit tidak membolehkan kesemua alat tersebut dipasangkan secara berasingan.  Alat-alat dipasangkan di antara pemeluwap dan penyejat yang berfungsi untuk menyimpan cecair bahan pendingin dan membenarkan pertukaran dalam cas bahan pendingin , juga berfungsi untuk membenarkan perubahan dalam isipadu cecair yang disebabkan oleh pengembangan dan pengecutan cecair bahan pendingin seperti perubahan suhu . Alat ni juga dikenali sebagai penerima pengering.

Sebagai alat pengering , sejenis bahan kimia pengering diletakkan di dalam alat ini . Bahan pengering akan bertindak sebagai penyerap segala lembapan daripada cecair. Bahan pengering yang digunakan bergantung kepada jenis gas.



Receiver R 12
Receiver R 134 a
Zeolite
Silika Gel

Kaca penglihatan yang terdapat di bahagian atas alat ini diletakkan pada salur keluar ke penyejat. Buih-buih yang keihatan pada permukaan kaca menunjukkan atau memberitahu bahawa cas atau bahan pendingin telah berkurang di dalam sistem iaitu hanya tinggal separuh sahaja.
Turas yang juga diletakkan bersama-sama akan berfungsi untuk menapis atau menurat sagala kekotoran dan habuk di dalam cecair sebelum masuk ke dalam injap pengembang yang ruang kemasukkannya terlalu kecil.

ALAT TAMBAHAN PADA PENYAMANAN UDARA KENDERAAN






 DUAL PRESSURE SWITCH

Pressure switch atau suis tekanan dipasang antara reciver dan peranti permeteran. Ia berfungsi sebagai suis yang akan mengesan keadaan tekanan luar biasa ( abnormal )  pada bahagian tekanan tinggi  dalam sistem penyejukkan dimana ia akan memutuskan bekalan pada magnetic clutch yang menyebabkan pemampat tidak berfungsi.

Pada kebiasaan nya keadaan luarbiasa ini terdiri daripada 2 jenis kedaan iaitu keadaan tekanan rendah dan tekanan tinggi.
Pada kedaan tekanan tinggi dalam kedaan luar biasa tekanan yang lampau akan menyebabkan suis tekanan bertindak balas terhadap sistem dimana magenitc clutch akan off dan pemampat tidak berfungs.

ALAT TAMBAHAN PADA PENYAMANAN UDARA KENDERAAN




 

SISTEM PERLINDUNGAN TALI SAWAT PEMAMPAT
Sistem ini hanya terdapat pada model-model kenderaan tertentu sahaja ini kerana ia banyak menggunakan sistem elektronik. Pada kebiasaannya sistem ini hanya digunakan pada kenderaan-kenderaan mewah sahaja dimana ia memerlukan sistem penyelenggaraan yang terpeinci.

Peranti yang digunakan akan berfungsi sekiranya ia mengesan perbezaan denyut rpm bagi enjin dan penyaman udara terlalu tinggi. Isyarat yang dihantar pada peralatan eletronik akan menyebabkan idel-up yang dipasang berada dalam kedaan off dan pemampat tidak akan berfungsi kerana meagnatic cluth  tidak akan mencengkam shft pemampat.