Thursday, October 25, 2012

ALAT TAMBAHAN PADA PENYAMANAN UDARA KENDERAAN





PENERIMA PENGERING ( RECEIVER /DRYER )

Sistem penyamanan udara kereta menggunakan alat-alat seperti penuras , pengering , penerima dan kaca penglihatan yang direka bentuk supaya dapat ditempatkan pada atau dalam satu alat sahaja dengan tujuan untuk menjimatkan ruang . Ruang enjin yang sempit tidak membolehkan kesemua alat tersebut dipasangkan secara berasingan.  Alat-alat dipasangkan di antara pemeluwap dan penyejat yang berfungsi untuk menyimpan cecair bahan pendingin dan membenarkan pertukaran dalam cas bahan pendingin , juga berfungsi untuk membenarkan perubahan dalam isipadu cecair yang disebabkan oleh pengembangan dan pengecutan cecair bahan pendingin seperti perubahan suhu . Alat ni juga dikenali sebagai penerima pengering.

Sebagai alat pengering , sejenis bahan kimia pengering diletakkan di dalam alat ini . Bahan pengering akan bertindak sebagai penyerap segala lembapan daripada cecair. Bahan pengering yang digunakan bergantung kepada jenis gas.



Receiver R 12
Receiver R 134 a
Zeolite
Silika Gel

Kaca penglihatan yang terdapat di bahagian atas alat ini diletakkan pada salur keluar ke penyejat. Buih-buih yang keihatan pada permukaan kaca menunjukkan atau memberitahu bahawa cas atau bahan pendingin telah berkurang di dalam sistem iaitu hanya tinggal separuh sahaja.
Turas yang juga diletakkan bersama-sama akan berfungsi untuk menapis atau menurat sagala kekotoran dan habuk di dalam cecair sebelum masuk ke dalam injap pengembang yang ruang kemasukkannya terlalu kecil.

No comments:

Post a Comment