Thursday, December 13, 2012
Monday, November 19, 2012
Thursday, November 1, 2012
Thursday, October 25, 2012
ALAT TAMBAHAN PADA PENYAMANAN UDARA KENDERAAN
PERBEZAAN PENYAMBUNGAN R12 DAN R134a
Didalam penyaman udara kenderaan terdapat dua kaedah yang
digunakan dalam membuat penyambungan bagi komopnen-komponen tertentu. Kaedah
yang digunakan pada kebiasaanya dapat membantu dalam mengenal pasti jenis
sistem yang digunakan.
Pada penyaman udara hanya 2 jenis penyambungan iaitu
penyambungan pada sistem R 12 dan sistem R 134a. Pada asasnya kedua-dua
penyambungan ini akan menggunakan O-ring , hose dan bentuk paip yang berbeza.
Penggunaan bahan yang salah boleh mengakibatkan masalah
seperti kebocoran bahan pendingin dan
kemasukan udara kedalam sistem yang mengakibatkan sistem tidak dapat beroperasi
dengan efektif.
ALAT TAMBAHAN PADA PENYAMANAN UDARA KENDERAAN
PENERIMA PENGERING ( RECEIVER /DRYER )
Sistem penyamanan
udara kereta menggunakan alat-alat seperti penuras , pengering , penerima dan
kaca penglihatan yang direka bentuk supaya dapat ditempatkan pada atau dalam
satu alat sahaja dengan tujuan untuk menjimatkan ruang . Ruang enjin yang
sempit tidak membolehkan kesemua alat tersebut dipasangkan secara
berasingan. Alat-alat dipasangkan di
antara pemeluwap dan penyejat yang berfungsi untuk menyimpan cecair bahan
pendingin dan membenarkan pertukaran dalam cas bahan pendingin , juga berfungsi
untuk membenarkan perubahan dalam isipadu cecair yang disebabkan oleh
pengembangan dan pengecutan cecair bahan pendingin seperti perubahan suhu .
Alat ni juga dikenali sebagai penerima pengering.
Sebagai alat pengering , sejenis bahan kimia pengering
diletakkan di dalam alat ini . Bahan pengering akan bertindak sebagai penyerap
segala lembapan daripada cecair. Bahan pengering yang digunakan bergantung
kepada jenis gas.
Receiver R 12
|
Receiver R 134 a
|
Zeolite
|
Silika Gel
|
Kaca penglihatan yang terdapat di bahagian atas alat ini
diletakkan pada salur keluar ke penyejat. Buih-buih yang keihatan pada
permukaan kaca menunjukkan atau memberitahu bahawa cas atau bahan pendingin
telah berkurang di dalam sistem iaitu hanya tinggal separuh sahaja.
Turas yang juga diletakkan bersama-sama akan berfungsi
untuk menapis atau menurat sagala kekotoran dan habuk di dalam cecair sebelum
masuk ke dalam injap pengembang yang ruang kemasukkannya terlalu kecil.
ALAT TAMBAHAN PADA PENYAMANAN UDARA KENDERAAN
DUAL PRESSURE
SWITCH
Pressure switch atau suis tekanan dipasang antara reciver
dan peranti permeteran. Ia berfungsi sebagai suis yang akan mengesan keadaan
tekanan luar biasa ( abnormal ) pada
bahagian tekanan tinggi dalam sistem
penyejukkan dimana ia akan memutuskan bekalan pada magnetic clutch yang
menyebabkan pemampat tidak berfungsi.
Pada kebiasaan nya keadaan luarbiasa ini terdiri daripada
2 jenis kedaan iaitu keadaan tekanan rendah dan tekanan tinggi.
Pada kedaan tekanan tinggi dalam kedaan luar biasa
tekanan yang lampau akan menyebabkan suis tekanan bertindak balas terhadap
sistem dimana magenitc clutch akan off dan pemampat tidak berfungs.
ALAT TAMBAHAN PADA PENYAMANAN UDARA KENDERAAN
SISTEM
PERLINDUNGAN TALI SAWAT PEMAMPAT
Sistem ini hanya terdapat pada model-model kenderaan tertentu
sahaja ini kerana ia banyak menggunakan sistem elektronik. Pada kebiasaannya
sistem ini hanya digunakan pada kenderaan-kenderaan mewah sahaja dimana ia
memerlukan sistem penyelenggaraan yang terpeinci.
Peranti yang digunakan akan berfungsi sekiranya ia
mengesan perbezaan denyut rpm bagi enjin dan penyaman udara terlalu tinggi.
Isyarat yang dihantar pada peralatan eletronik akan menyebabkan idel-up yang
dipasang berada dalam kedaan off dan pemampat tidak akan berfungsi kerana
meagnatic cluth tidak akan mencengkam
shft pemampat.
ALAT TAMBAHAN PADA PENYAMANAN UDARA KENDERAAN
PERANTI ANTI-BEKU ( ANTI FROST DEVICE
)
Didalam
proses penyaman udara apabila penyejat menyejat haba didalam kawasan
penyejukkan udara panas tersebut akan membawa bersama habuk-habuk didalam
kelembapan yang disedut. Habuk-habuk tersebut akan melekat pada sirip penyejat dan
akan bertukar sebagai kotoran yang boleh menyekat alirran udara pada penyejat.
Pada kedaan ini suhu pada sirip penyejat kan jatuh ke
takat beku atau lebih rendah pada kadra biasa dan akan menyebabkan berlakunya
beku ( frost ). Keadaan beku ini menyebabkan penyejat tidak dapat berfungsi dengan baik dan sistem tidak
beroperasi dengan effektif.
Oleh yang demikian terdapat 2 alat yang digunkan untuk
mengelak dari berlakunya beku ( frost ) pada penyejat iaitu :-
- Thermistor Method
Thermistor diletakkan pada sirip
penyejat dimana sekiranya berlaku kejatuhan suhu pada sirip pada tahap yanng
lampau ia akan menghantar isyarat ke pada magnetic clutch dan akan
memberhentikan operasi pemampat.
- Evaporator Pressure Regulator Method ( EPR )
EPR digunakan dengan pemampat
sebagai rujukan tekanan dimana tekanan yang dikehendaki ( cth : 28.4 psi ) akan
dilaraskan pada EPR yang akan berfungsi melalui 2 kaedah iaitu :-
Subscribe to:
Posts (Atom)