PENERIMA PENGERING ( RECEIVER /DRYER )
Sistem penyamanan
udara kereta menggunakan alat-alat seperti penuras , pengering , penerima dan
kaca penglihatan yang direka bentuk supaya dapat ditempatkan pada atau dalam
satu alat sahaja dengan tujuan untuk menjimatkan ruang . Ruang enjin yang
sempit tidak membolehkan kesemua alat tersebut dipasangkan secara
berasingan. Alat-alat dipasangkan di
antara pemeluwap dan penyejat yang berfungsi untuk menyimpan cecair bahan
pendingin dan membenarkan pertukaran dalam cas bahan pendingin , juga berfungsi
untuk membenarkan perubahan dalam isipadu cecair yang disebabkan oleh
pengembangan dan pengecutan cecair bahan pendingin seperti perubahan suhu .
Alat ni juga dikenali sebagai penerima pengering.
Sebagai alat pengering , sejenis bahan kimia pengering
diletakkan di dalam alat ini . Bahan pengering akan bertindak sebagai penyerap
segala lembapan daripada cecair. Bahan pengering yang digunakan bergantung
kepada jenis gas.
Receiver R 12
|
Receiver R 134 a
|
Zeolite
|
Silika Gel
|
Kaca penglihatan yang terdapat di bahagian atas alat ini
diletakkan pada salur keluar ke penyejat. Buih-buih yang keihatan pada
permukaan kaca menunjukkan atau memberitahu bahawa cas atau bahan pendingin
telah berkurang di dalam sistem iaitu hanya tinggal separuh sahaja.
Turas yang juga diletakkan bersama-sama akan berfungsi
untuk menapis atau menurat sagala kekotoran dan habuk di dalam cecair sebelum
masuk ke dalam injap pengembang yang ruang kemasukkannya terlalu kecil.